Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

iPhone generasi pertama masih dalam kotak dilelong pada harga lebih AS$63,000

Anggaran Waktu Membaca:
iPhone generasi pertama masih dalam kotak dilelong pada harga lebih AS$63,000

(Gambar: LCG Auctions/Bang Showbiz)

LOUISIANA: iPhone Apple generasi pertama dilelong pada harga lebih AS$63,000 (S$84,390). 

Telefon bijak itu dilancarkan buat pertama kali pada 2007 dan kini, 16 tahun kemudian, telefon edisi itu, yang belum dikeluarkan daripada bungkusannya dan yang dimiliki artis tatu Karen Green, dijual oleh rumah lelong LCG pada Ahad pada AS$63,356 (S$85,005). Ini setelah menerima 27 bidaan dari harga permulaan AS$2,500 (S$3,354), lapor Bang Showbiz.

Penerangan bagi produk itu berbunyi: "iPhone Apple asli generasi pertama dalam bungkusan kilang daripada tahun 2007."

"Salah satu ciptaan paling penting dan boleh dijumpai di mana-mana sepanjang hayat kami, iPhone diperkenalkan buat pertama kali oleh Steve Jobs pada 9 Januari 2007 di MacWorld San Francisco.

"Hanya lima bulan kemudian ia mula dijual pada harga AS$499 (S$670) atau AS$599 (S$804) pada 29 Jun." 

Cik Karen "terkejut" melihat harga jualan yang terakhir, dengan rumah lelong itu mengatakan "minat kebudayaan" bagi barangan teknologi lama kini semakin meningkat. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan