iPhone 16 dijual di Indonesia mulai 11 April
Telefon bimbit iPhone 16 keluaran Apple akan mula dijual di Indonesia mulai 11 April, menurut syarikat itu pada Rabu (26 Mac).
Gambar fail: Telefon bimbit iPhone 16 Pro di Steve Jobs Theater di Cupertino, California pada 9 September 2024. (Gambar: Reuters/Manuel Orbegozo/Gambar Fail)
Ini selepas Jakarta menarik balik larangan terhadap penjualan telefon bimbit itu selepas Apple mengumumkan pelan pelaburan lebih AS$300 juta (S$400 juta) di negara itu.
Pada tahun lalu, Indonesia melarang penjualan iPhone 16 setelah Apple gagal memenuhi syarat komponen buatan tempatan bagi telefon bimbit itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.