IOC hormat keputusan AS boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan pada Selasa (7 Dis) bahawa ia menghormati keputusan pemerintah Amerika Syarikat untuk melaksanakan boikot diplomatik terhadap temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada Februari atas sebab rekod hak asasi manusia China.

(Gambar: AFP)
LAUSANNE, Switzerland: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan pada Selasa (7 Dis) bahawa ia menghormati keputusan pemerintah Amerika Syarikat untuk melaksanakan boikot diplomatik terhadap temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada Februari atas sebab rekod hak asasi manusia China.
"Kami sentiasa meminta rasa hormat dan jika boleh kurang campur tangan dari dunia politik," kata Juan Antonio Samaranch, ketua suruhanjaya penyelarasan IOC bagi Olimpik Beijing.
"Kita perlu bertimbal balik. Kami menghormati keputusan politik yang diambil oleh badan-badan politik," katanya di sidang media yang diadakan secara maya.
"Kami sangat bangga, gembira dan berharap kesemua atlit dari seluruh dunia dapat bertanding dengan tenang sepanjang 59 hari (di Beijing)," katanya.
Rumah Putih pada Isnin menyatakan bahawa para pegawai pemerintah AS akan memboikot temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk itu atas "kekejaman" China terhadap hak asasi manusia, meskipun para atlit AS bebas untuk melakukan perjalanan ke China untuk bertanding.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.