Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Inti pati sidang media pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri

Anggaran Waktu Membaca:
Inti pati sidang media pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri

Anwar Ibrahim semasa sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, 24 Nov 2022. (Gambar: Vincent Thian / POOL / AFP)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 07:56AM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 08:28AM
MALAYSIA: Perdana Menteri baru Malaysia, Anwar Ibrahim, pada Khamis malam (24 Nov), mengadakan sidang media pertama selepas mengangkat sumpah jawatan berkenaan pada sebelah petang.

Ini adalah antara inti pati sidang media berkenaan yang diadakan di Sungai Long Golf and Country Club di Kajang, pada Khamis, lapor Astro Awani.

Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.

Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap daripada tiga gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jawatan Timbalan Perdana Menteri satu untuk BN dan salah satu Sabah atau Sarawak

Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama.

Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi.

Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan.

Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.

Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri.

Isnin, 28 November 2022 ini adalah cuti umum di seluruh Malaysia.
Sumber : Agensi berita/NK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan