Skip to main content

Dunia

Interpol dedah tidak terima permintaan M'sia untuk bantu kesan pelawak Jocelyn Chia

Anggaran Waktu Membaca:
Interpol dedah tidak terima permintaan M'sia untuk bantu kesan pelawak Jocelyn Chia
Diterbitkan : 15 Jun 2023 03:14PM


KUALA LUMPUR: Interpol tidak terima sebarang permintaan bagi bantuan daripada Malaysia untuk mengesan pelawak Jocelyn Chia setakat Rabu (14 Jun).

"Setakat hari ini, Rabu 14 Jun, tiada sebarang permintaan bagi notis atau penyebaran maklumat diterima daripada Malaysia berhubung individu tersebut," kata seorang jurucakap Interpol kepada Mediacorp.

Tambahnya lagi jika terdapat sebarang permintaan bagi bantuan dibuat, ia harus "mematuhi Perlembagaan Interpol yang melarang sebarang kegiatan yang berbaur keagamaan, kaum, ketenteraan atau politik".

"Mana-mana permintaan yang dikaitkan dengan kesalahan berhubung kebebasan bersuara juga akan dinilai selaras dengan piawai hak asasi manusia antarabangsa," kata jurucakap Interpol itu.

Awal Rabu ini (14 Jun), Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa permohonan bantuan telah dibuat kepada Interpol pada Selasa.


Chia hangat diperkatakan baru-baru ini selepas sebuah klip video persembahannya di kelab Comedy Cellar di New York, tular di media sosial, di mana dia dilihat mempersendakan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.

Dalam satu wawancara dengan BBC, Chia menyifatkan langkah melibatkan Interpol sebagai "tidak masuk akal".

Chia masih menentang langkah tersebut menerusi catatan di Twitternya.


Malah, dalam satu hantaran pada Rabu, dia menyenaraikan beberapa saluran berita antarabangsa yang telah menemu bualnya mengenai kontroversi tersebut, termasuk BBC, CNN dan The New York Times.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita