Skip to main content

Dunia

Insurans 12 kenderaan Zahid bernilai sekitar RM44,600

Mahkamah Tinggi pada Rabu (4 Dis) diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga mengambil empat jenis polisi insurans bagi 12 kenderaan bernilai RM44,602.47 (S$14,554) dengan syarikat Allianz General Insurance.

Anggaran Waktu Membaca:
Insurans 12 kenderaan Zahid bernilai sekitar RM44,600

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 07:54AM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 07:59AM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu (4 Dis) diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga mengambil empat jenis polisi insurans bagi 12 kenderaan bernilai RM44,602.47 (S$14,554) dengan syarikat Allianz General Insurance.

Pengurus Allianz General Insurance cawangan Wisma Allianz, Jalan Gereja, Encik Fang Suat Lim, 49 tahun, berkata empat jenis polisi insurans itu adalah 'private car policy', 'motorcycle policy', 'enhanced road warrior policy' dan 'bike warrior policy'.

Encik Fang berkata demikian semasa membaca penyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada hari ketujuh perbicaraan kes Ahmad Zahid, yang berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi bernilai jutaan ringgit.

Saksi itu berkata penama bagi empat jenis polisi insurans kenderaan untuk 12 kenderaan tersebut adalah Dr Ahmad Zahid, isterinya,Cik Hamidah Khamis serta anak-anaknya, Nurulizwani, Nurulhidayah dan Ahmad Syafiq Hazieq.

Encik Fang berkata, polisi insurans itu dibeli Dr Ahmad Zahid untuk 12 kenderaan miliknya antaranya BMW X5, Mini Coopers S, BMW 320i (A), Mercedes Benz CLS350 dan motosikal BMW R1200 GS.

Katanya, nilai polisi insurans 12 kenderaan itu antara RM151.75 (S$49.52) dan RM8,110.7 (S$2,646).

Dr Ahmad Zahid, 66 tahun, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita