Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Instagram Stories lancar ciri gambar latar belakang dihasilkan AI

Anggaran Waktu Membaca:
AMERIKA SYARIKAT: Pengguna Instagram di Amerika Syarikat kini boleh menggunakan ciri mengubah latar belakang kepada gambar dihasilkan melalui Kecerdasan Buatan (AI) untuk dikongsi pada Instagram Stories.

Ciri yang dinamakan 'Backdrop' itu memerlukan pengguna menekan ikon baharu yang terpapar pada menu, sebelum berkongsi gambar di Instagram Stories dan memasukkan mesej.

Menurut Astro Awani, Instagram kemudian akan menyertakan beberapa gambar pilihan untuk dikongsi. Selepas gambar berjaya dikongsi, pelekat 'Try it' akan muncul untuk pengguna mencubanya.

Buat masa ini, Backdrop masih dihadkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada semua pengguna.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan