Instagram ikrar tangani maklumat palsu menerusi perikatan antarabangsa
Instagram pada Isnin (16 Dis) memperluaskan usahanya menentang penyebaran maklumat palsu dengan menjalinkan perikatan dengan pemeriksa fakta di merata dunia untuk mendedahkan penipuan dalam gambar atau video yang dikongsi.

Gambar fail aplikasi Instagram pada telefon bijak (Gambar: Reuters/Thomas White)
SAN FRANCISCO: Instagram pada Isnin (16 Dis) memperluaskan usahanya menentang penyebaran maklumat palsu dengan menjalinkan perikatan dengan pemeriksa fakta di merata dunia untuk mendedahkan penipuan dalam gambar atau video yang dikongsi.
Wadah sosial milik Facebook itu melancarkan program pemeriksaan fakta di Amerika Syarikat awal tahun ini
"Perluasan program hari ini adalah langkah penting dalam usaha berterusan kami membanteras maklumat palsu di Instagram," menurutnya salam satu kiriman online.
"Gambar dan video berdasarkan maklumat palsu semakin menimbulkan cabaran dalam industri kami dan ini adalah tumpuan pasukan kami."
Instagram mula bekerjasama dengan sekutu-sekutu pihak ketiga di Amerika Syarikat untuk mengenal pasti, menyemak dan melabel catatan-catatan palsu.
Kandungan yang dianggap palsu tidak akan diketengahkan oleh fungsi pencarian atau cadangan Instagram. Jika ia ditemui oleh pengguna, kandungan sedemikian akan disertkan dengan label amaran.
"Apabila sebuah kandungan diberi rating palsu atau sebahagiannya palsu oleh pemeriksa fakta pihak ketiga, kami akan mengurangkan perkongsiannya," menurut Instagram.
"Kami akan menggunakan teknologi pemadanan imej untuk mencari lebih banyak salinan kandungan yang sama dan menggunakan label, lantas membantu mengurangkan perkongsian maklumat palsu," tambah Instagram.
Wadah sosial tersebut juga akan mempertingkatkan ciri antibuli yang dibangunkan awal tahun ini.
Sofwe Kecerdasan Buatan (AI) akan mengimbas kapsyen dan ruang komen dan memaklumkan pengguna jika komen mereka bersifat menyinggung pihak lain.
"Kami mendapati peringatan sebegini berjaya menggalakkan orang ramai memikirkan semula ungkapan mereka," menurut Instagram.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.