Skip to main content

Dunia

Insiden tumpah minyak di pantai Port Dickson disiasat

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 hari ini (12 Okt), yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden tumpah minyak di pantai Port Dickson disiasat

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 12 Oct 2020 09:27PM Dikemas Kini : 12 Oct 2020 09:29PM

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 hari ini (12 Okt), yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca kejadian.

“Kita masih belum mengetahui punca sebenar berlakunya tumpahan minyak di kawasan pesisiran pantai berkenaan. Bagaimanapun, kita mengesyaki ia adalah minyak daripada enjin kapal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata kerja pembersihan sedang dijalankan dan menasihati orang ramai supaya jangan mengunjungi pantai berkenaan sehingga proses itu selesai dilakukan.

Hari ini, tular di laman sosial Facebook sebuah video insiden dipercayai tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10, sehingga mencemarkan pantai berkenaan di sepanjang tiga kilometer.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita