Insiden tanah jerlus Jalan Masjid India: Anak sahkan wajah mangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail.
KUALA LUMPUR : Anak lelaki mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Surya, mengesahkan kesahihan wajah ibunya, Vijayaletchumy, 48 tahun.
“Ya, betul, itu ibu saya,” katanya ringkas ketika ditemui Astro AWANI di sini pada Isnin (26 Ogos).
Melihat raut wajah jejaka berusia 20-an itu, dia kelihatan lebih tenang dan emosinya stabil berbanding hari pertama kejadian.
Setakat pukul 8.00 malam, Surya masih lagi menunggu di perkarangan lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan semasa dan sangat mengharapkan agar ibunya dapat ditemukan dalam masa terdekat, menurut laporan Astro AWANI.
Pada kejadian pagi Jumaat (23 Ogos), seorang mangsa warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarganya untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian itu berlaku, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.