Insiden serangan Bondi cetus kebimbangan jumlah pengganas bertindak sendirian meningkat akibat pengaruh online
Satu insiden tembakan di Pantai Bondi di Sydney pada hujung minggu lalu mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah pengganas bertindak sendirian.
Anggaran Waktu Membaca:
SYDNEY: Satu insiden tembakan di Pantai Bondi di Sydney pada hujung minggu lalu mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah pengganas bertindak sendirian.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa kedua-dua penembak itu kelihatan bertindak dengan cara demikian.
Pengganas yang bertindak sendirian, iaitu individu yang melakukan keganasan politik tanpa sokongan atau arahan langsung daripada rangkaian pengganas, lazimnya lebih sukar dikenal pasti - dan internet memainkan peranan besar dalam peningkatan fenomena ini, menurut pakar.
Serangan pada Ahad (14 Disember) itu merupakan kejadian tembakan paling dahsyat di Australia dalam hampir tiga dekad.
Polis mendakwa serangan itu dilakukan oleh Sajid Akram, 50 tahun, dan anaknya yang berusia 24 tahun, Naveed.
Mereka melepaskan tembakan di sebuah acara yang dihadiri penganut Yahudi, mengorbankan 15 orang dalam serangan yang mengejutkan negara dan mencetus kebimbangan terhadap peningkatan sikap anti-Yahudi.
Sajid ditembak mati oleh polis di lokasi kejadian, manakala anaknya didakwa dengan 59 tuduhan, termasuk pembunuhan dan pengganasan, selepas sedar daripada koma.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata kedua-dua penembak itu berkemungkinan dipengaruhi oleh ideologi ISIS selepas penyiasat menemui bendera ISIS buatan sendiri di bahagian but kereta penembak.
Profesor pengajian keselamatan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Rohan Gunaratna berkata kumpulan terancang lebih mudah dikesan berbanding individu yang bertindak sendirian.
Ini sekali gus menjadikan usaha mengenal pasti pelaku yang bertindak sendirian jauh lebih mencabar bagi agensi keselamatan dan perisikan.
CABARAN PEMERINTAH
Serangan oleh pengganas yang bertindak sendirian seperti ini meningkat sejak dua dekad kebelakangan ini, kata Levi West, zamil penyelidik di Sekolah Sains Kemasyarakatan Kajian di Universiti Kebangsaan Australia (ANU).
Encik Rohan menambah bahawa walaupun pelaku yang bertindak sendirian mungkin tidak mempunyai struktur pemerolehan senjata atau latihan, mereka masih mampu melancarkan serangan berskala besar dan menjejas keselamatan negara, seperti yang disaksikan dalam insiden tembakan di Bondi.
Namun begitu, para pemerhati berkata terdapat beberapa cabaran, termasuk isu pembiayaan dan sumber, di mana pemerintah mungkin tidak mempunyai dana atau tenaga kerja yang mencukupi untuk memantau ancaman secara berkesan.
Dari sudut hak rakyat dan kebebasan sivil, ia juga "amat mencabar" bagi demokrasi liberal untuk bertindak terhadap individu yang mungkin melakukan keganasan pada masa hadapan.
Agensi perisikan Australia pernah menyiasat Naveed Akram kerana kemungkinan ada kaitan dengan dengan ISIS pada 2019 ketika dia berusia 17 tahun, namun pada ketika itu dia tidak dianggap sebagai ancaman.
Encik West berkata bahawa walaupun penilaian itu mungkin tepat pada masa tersebut, keadaan telah berubah sejak itu.
Encik Rohan berkata pihak berkuasa Australia sepatutnya menilai semula risiko Naveed selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mencetus perang di Gaza.
MENJADI RADIKAL ONLINE
Sementara itu, pakar menegaskan bahawa ruang digital menjadikan proses untuk menjadi terpengaruh oleh kumpulan pengganas jauh lebih mudah bagi pelaku yang bertindak sendirian.
Pendakwah atau ketua sesebuah pertubuhan boleh dineutralkan, namun pemerintah akan “sentiasa bergelut untuk menumpaskan dan menghapuskan … idea-idea yang menggerakkannya”, kata Encik West.
Encik West juga berkata masih tidak jelas sejauh mana kandungan dan propaganda yang dibaca atau ditonton oleh Naveed.
KEBIMBANGAN DI ASIA TENGGARA
Mengenai sama ada ancaman serupa boleh muncul di Asia Tenggara, pakar memberi amaran bahawa rasa bimbang itu perlu wujud.
Sajid dan Naveed dilaporkan menghabiskan hampir sebulan di Filipina sebelum serangan, dengan Bandar Davao sebagai destinasi terakhir mereka, sebuah kawasan yang sebelum ini dikaitkan dengan militan Islam.
Pihak berkuasa Australia belum mengesahkan laporan media bahawa suspek melawat Filipina untuk menjalani latihan berasaskan ketenteraan, dan pegawai Filipina berkata tiada laporan yang disahkan bahawa penembak itu menerima sebarang bentuk latihan pengganas di negara tersebut.
Pejabat Presiden Filipina menambah bahawa tiada kegiatan latihan pengganas direkodkan, tiada usaha perekrutan, atau serangan besar oleh kumpulan domestik sejak 2016, dan tahap ancaman keganasan di beberapa bahagian Mindanao sudah beralih daripada tinggi kepada rendah.

Sumber : CNA/IM/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.