Skip to main content

Dunia

Insiden kuil: Muhammad Adib masih kritikal meski stabil

Keadaan anggota bomba yang cedera parah akibat diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, masih kritikal walaupun stabil.

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden kuil: Muhammad Adib masih kritikal meski stabil

Keadaan Muhammad Adib Mohd Kassim, masih kritikal walaupun stabil. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 12:16PM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 12:20PM

SHAH ALAM: Keadaan anggota bomba yang cedera parah akibat diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim, masih kritikal walaupun stabil.

Ketua PengarahJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muhammad Hamdan Wahid berkata, masih ada mesin-mesin tertentu diguna pakai ke atas anggota berkenaan dengan tujuan untuk menstabilkan organ dalam badannya.

“Difahamkan, rawatan pakar dan penggunaan mesin akan mengambil tempoh masa tertentu.

“Sehingga kini, beliau masih tidak boleh dilawat cuma mungkin satu atau dua hari ini, doktor pakar akan membuat rumusan mengenainya (penerimaan pelawat). Semangatnya kuat dan kita harap akan dapat petanda positif,” katanya.

Beliau berkata perkembangan terkini Encik Muhammad Adib yang sudah boleh menulis untuk berkomunikasi merupakan isyarat positif mengenai peningkatan kesihatannya dan diharapkan anggota berkenaan juga akan mampu menceritakan keadaan sebenar yang menimpanya semasa insiden tersebut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita