Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Insiden keselamatan siber' di Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Selasa (19 Sep) menyatakan ia mengalami "gangguan" terhadap sistem ITnya dan ia sedang menangani "insiden keselamatan siber" tersebut.

ICC, yang sedang menyiasat jenayah perang di Ukraine serta jenayah-jenayah lain, enggan memberikan maklumat lanjut dan menyatakan keutamaannya adalah untuk memastikan ia mampu meneruskan tugasnya.

"Pada hujung minggu lalu, perkhidmatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengesan kegiatan aneh yang menjejas sistem maklumatnya," dedah mahkamah itu dalam satu kenyataan.

"Langkah-langkah segera diambil sebagai tindakan terhadap insiden keselamatan siber itu serta mengurangkan kesannya," tambah ICC.

Mahkamah tersebut yang berpangkalan di The Hague, Belanda, tidak asing dengan pengintipan antarabangsa.

Belanda menyatakan ia menghentikan pengintip Rusia yang menyamar sebagai pekerja pelatih dari Brazil, daripada menyusup masuk mahkamah tersebut tahun lalu.

Warga Rusia tersebut yang dikenal pasti sebagai Sergey Vladimirovich Cherkasov, mungkin dapat mengakses perisikan "berharga" mengenai siasatan ICC terhadap jenayah perang di Ukraine atau mempengaruhi prosiding jenayah, tambah pihak berkuasa Belanda.
Sebagai tindak balas, pihak berkuasa Rusia meletakkan pendakwa ICC Karim Khan dalam senarai "dikehendaki".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan