Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden kedua jarum ditemui dalam strawberi di New Zealand

Polis mengesahkan penemuan jarum dalam buah strawberi di New Zealand hari ini (26 Nov), insiden kedua seumpamanya dalam tempoh dua bulan selepas krisis pencemaran melanda Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden kedua jarum ditemui dalam strawberi di New Zealand

(Gambar: Justin Sullivan/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2018 03:46PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 03:54PM

WELLINGTON: Polis mengesahkan penemuan jarum dalam buah strawberi di New Zealand hari ini (26 Nov), insiden kedua seumpamanya dalam tempoh dua bulan selepas krisis pencemaran melanda Australia.

Jarum tersebut ditemui dalam sebuah kotak yang dijual di Geraldine, sebuah bandar kecil di Pulau Selatan hujung minggu lalu, menurut seorang jurucakap polis New Zealand.

Pemilik pasar raya berkenaan, Garry Sheed berkata beliau sudah menarik semula kesemua buah berkenaan tetapi enggan memberikan sebarang komen sama ada ia berasal dari Australia atau keluaran tempatan.

Insiden di New Zealand ini adalah yang kedua seumpamanya sejak ia berlaku kali pertama di Australia pada September lalu, apabila lebih 200 kes jarum tertanam dalam buah strawberi dilaporkan di Australia.

Seorang wanita berusia 50 tahun yang bekerja di sebuah ladang strawberi terbabit yang mengeluarkan produk tercemar itu ditahan di Queensland dan dituduh mencemarkan produk berkenaan.

Kementerian Perusahaan Utama (MPI) New Zealand berkata, individu yang bertanggungjawab menemui jarum itu di Geraldine berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

“Kes ini sudah dirujuk kepada polis yang menjalankan siasatan jenayah,” kata jurucakap kementerian kepada wartawan.

Sumber : AFP/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan