Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Inisiatif Menu Rahmah masih dapat sambutan, kata Menteri KPDN M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak “dingin” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menteri KPDN Salahuddin Ayub berkata hal demikian kerana semenjak ia dilancarkan pada 27 Januari lepas, pelbagai pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya masih meneruskan inisiatif itu sehingga kini.

“Pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya dan sebagainya kita lihat apabila sudah masuk (sertai) inisiatif Menu Rahmah, mereka tidak keluar setakat ini."

"Saya juga turun padang dan dapati inisiatif ini masih ditunjangi oleh pemain industri dan malah bertambah lagi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear di pusat beli belah Johor Bahru City Square, di Johor Bahru pada Sabtu (20 Mei).

Turut hadir Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo.
 
Encik Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa insiaitif Menu Rahmah kini semakin dingin dan kurang mendapat sambutan. 

Beliau berkata sambutan inisiatif Menu Rahmah dapat dilihat menerusi beberapa penyertaan baru seperti Foodpanda Malaysia yang meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat negara itu.

Secara keseluruhannya, beliau berkata kepelbagaian inisiatif Rahmah juga adalah semakin meluas, antaranya tawaran Menu Rahmah untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan kerjasama terbaru dengan syarikat menjual cermin mata MOG Eyewear.

Terdahulu, Encik Salahuddin berkata MOG Eyewear di bawah pengurusan Metro Optical Group itu, antaranya menawarkan harga pakej Rahmah bagi pembelian cermin mata pada harga RM50 (S#15) dan RM100 (S$30).

Selain itu katanya, MOG Eyewear yang mempunyai 96 buah kedai seluruh Malaysia, turut menawarkan pakej naik taraf kanta kepada kanta potongan biru dengan pelindungan sinaran ultraungu pada harga RM100 (S$30), dengan pembelian salah satu daripada pakej pembelian cermin mata.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan