Skip to main content

Dunia

Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China mungkin buka lebih banyak peluang buat syarikat S'pura

Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China mungkin membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 May 2018 10:38PM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:00AM

CHINA: Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China mungkin membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat Singapura.

Namun sama ada syarikat-syarikat kecil dan sederhana dapat memanfaatkan peluang itu masih menjadi tanda tanya kerana keterbatasan sumber kewangan dan teknologi.

Jalan-jalan raya, rel kereta api dan pelabuhan.

Ini hanya sebahagian daripada pelbagai projek prasarana yang diwujudkan Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China.

Ia membuka satu peluang besar bagi syarikat-syarikat di sini namun tidak semua yang bertuah untuk meraihnya.

Bercakap kepada para pemain industri di Forum Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China, Menteri Negara Kanan Sim Ann berkata syarikat-syarikat SME mungkin boleh menjadi rakan kerjasama pihak ketiga atau kontraktor kecil kepada syarikat-syarikat lebih besar.

Beliau juga berkata pemerintah kekal komited dalam menyokong syarikat-syarikat SME dalam usaha tersebut.

Ini termasuk inisiatif seperti Geran Pembangunan Perusahaan yang menawarkan subsidi bagi mengurangkan kos mengembangkan perniagaan di luar negara.

Bercakap di luar acara itu, AP Teo Ser Luck berkata pemerintah juga boleh menubuhkan wadah kehakiman yang lebih licin bagi mendapatkan pendanaan serta pergerakan barang dan perkhidmatan.

Singapura merupakan pelabur asing China yang terbesar sejak 2013 dan merupakan rakan perdagangan terbesar dalam ASEAN pada 2016. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita