Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini punca Taiwan menjadi rebutan kuasa dunia AS, China

Anggaran Waktu Membaca:
TAIWAN: Lawatan penuh kontroversi Cik Pelosi ke Taiwan sudah membuat China semakin marah. Namun, mengapa pulau itu berada di tengah-tengah perebutan kuasa dunia?

Pada 1949, satu perang saudara tercetus antara parti komunis pimpinan Mao Zedong dengan nasionalis Kuomintang yang mendorong pemerintah Kuomintang pulang ke Taiwan.

Pada tahun berikutnya, Taiwan menjadi rakan bersekutu Amerika.

Tahun-tahun 1950an pula menyaksikan tercetusnya Krisis Selat Taiwan yang Pertama dan Kedua.

Ia mengakibatkan Taipei hilang kuasa di beberapa pulau menyusuli serangan udara Beijing.

Ini kemudian menyebabkan perbincangan peringkat kedutaan diadakan antara China dengan Amerika di Poland.

Pada lewat 1970an, Amerika mengiktiraf Dasar Satu China dan menukar pengiktirafan diplomatik dari Taipei ke Beijing.

Namun, Amerika juga meminda Akta Hubungan Taiwan yang membuat Washington terikat dari segi undang-undang untuk menyediakan Taiwan dengan keperluan bagi mempertahankan dirinya sendiri.

Semasa pertengahan tahun 1990-an, ketegangan semakin meruncing apabila mantan Presiden Taiwan Lee Teng-hui melakukan lawatan ke Amerika.

Ini menyebabkan berlakunya Krisis Selat Taiwan Ketiga yang menyaksikan Beijing melancarkan peluru berpandu ke atas kawasan perairan berdekatan Taiwan.

Ketegangan berterusan sehingga 2008 apabila mantan Presiden Ma Ying-jeou yang lebih memilih hubungan akrab bersama China.

Pertikaian politik ditolak tepi sedang kedua-dua pihak membincangkan perjanjian berkaitan penerbangan komersil dan pelancongan.

Pada 2016, pendirian Presiden Tsai Ing-wen yang pro kemerdekaan, menyebabkan Beijing memutuskan hubungan rasmi dengan Taiwan.

Sejak itu, lawatan para pegawai kanan Amerika dan penjualan senjata ke Taiwan hanya membuat China semakin marah.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan