Ini peluang saya bersihkan nama, tegas Najib
Mantan Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa bahawa dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah terhadapnya akan menghadkan peluangnya untuk menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar.
Mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar fail: Mohd Rasfan/ AFP)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa bahawa dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah terhadapnya akan menghadkan peluangnya untuk menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar.
Encik Najib bagaimanapun mengatakan bahawa ia juga merupakan peluang untuknya membersihkan namanya di mahkamah.
Menulis di laman Facebooknya hari ini (26 Sep): "Dengan kehakiman negara yang adil dalam menegakkan kebenaran, saya amat yakin bahawa ini peluang terbaik untuk menghentikan isu RM2.6 bilion (S$857 juta) yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini buat sekian kalinya dan untuk selama-lamanya."
Pada 20 September lalu, Encik Najib didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 25 tuduhan termasuk empat tuduhan rasuah dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah hampir RM2.3 bilion (S$758 juta).
Bagi kesalahan rasuah, dakwaan dibuat mengikut Akta SPRM manakala 21 lagi tuduhan tersebut adalah mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dengan cara menerima, menggunakan dan memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.