Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini kronologi kes rasuah Visa Luar Negara Zahid Hamidi

Anggaran Waktu Membaca:
Ini kronologi kes rasuah Visa Luar Negara Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

SHAH ALAM: Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), diketahui hari ini (23 Sep).

Jika mahkamah memutuskan bahawa kes prima facie berjaya diwujudkan oleh pendakwaan, mahkamah akan mengarahkan Presiden UMNO itu membela diri terhadap tuduhan berkenaan, dan jika sebaliknya, Encik Ahmad Zahid akan dilepas dan dibebaskan, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Berikut kronologi kes membabitkan Ahmad Zahid.

KRONOLOGI KES:

1 September 2022:
Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan VLN yang dihadapi oleh Encik Ahmad Zahid jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih dan tiada kes prima facie.

11 Ogos 2022:
Pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan.

24 Mei 2021:
Perbicaraan kes rasuah bekas bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

31 Julai 2019:
Mahkamah membenarkan permohonan presiden UMNO itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN, lapor Astro AWANI.

Kesemua kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.

26 Jun 2019:
Encik Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Encik Ahmad Zahid, 69 tahun, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah S$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri, lapor Astro AWANI.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Encik Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai S$1.15 juta, RM3 juta (S$931,047), 15,000 Swiss Franc (S$21,780) dan AS$15,000 (S$21,269) daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan