'Ini kerja gila': Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza akibat perpecahan politik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Mahmud Turkia)
BENGHAZI: Rakyat Libya merayakan Aidilfitri dan mengakhiri bulan Ramadan pada hari yang berbeza tahun ini susulan perpecahan politik yang berterusan walaupun usaha perdamaian sudah berjalan selama bertahun-tahun.
Pihak berkuasa agama di timur Libya, berkata mereka melihat anak bulan pada Khamis (20 Apr), menjadikannya hari terakhir berpuasa dan menetapkan hari Jumaat (21 Apr) sebagai Hari Raya.
Di Tripoli, ibu kota Libya, pihak berkuasa agama yang dikaitkan dengan pemerintah sementara negara itu berkata mereka tidak melihat bulan yang menandakan hari raya jatuh pada hari Sabtu (22 Apr).
"Masyarakat kita berpecah sehingga tarikh Hari Raya pun tidak dapat dapat dipersetujui. Ini kerja gila dan saya berharap ia cepat berakhir," kata Ahmed Mesbah, 50, di Tripoli, yang memilih untuk menyambut hari raya pada hari Jumaat.
Tarikh hari raya biasanya ditetapkan oleh pihak berkuasa agama rasmi di setiap negara, tetapi Libya melalui konflik berterusan sejak pemberontakan yang disokong NATO pada 2011 menentang pemerintaan Muammar Gaddafi.
Negara tersebut berpecah pada 2014 antara puak yang bertelagah di timur dan barat, dan situasi itu masih kekal walaupun keadaan menjadi sedikit tenang sejak 2020.
"Perpecahan antara timur dan barat pada hari yang menggembirakan, menyakitkan dan membuatkan saya sedih. Saya takut lebih banyak perpecahan berlaku di Libya," kata Mohamed Salem, di Tripoli, yang menyambut Aidilfitri pada Sabtu.
Perdana Menteri Libya, Abdulhamid al-Dbeibah berkata orang ramai harus mengikut keputusan Mufti Besar dan menyambut Hari Raya pada Sabtu.
Parlimen, yang menyokong pentadbiran pembangkang, berkata Aidilfitri disambut pada hari Jumaat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.