Ini cara warga tua dapat lindungi diri dari kesan gelombang haba
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/kumikomini)
NEW YORK: Banyak bahagian dunia mengalami gelombang haba akibat cuaca panas yang dijangka terus melanda hingga sepanjang Ogos.
Oleh itu, ramai warga dunia yang bergelut menjalankan urusan harian mereka di tengah-tengah suhu panas yang melampau.
Cuaca panas ekstrem boleh membahayakan sesiapa sahaja, terutama sekali warga lebih tua.
Para pakar berkata terdapat tiga faktor yang meningkatkan risiko terhadap warga tua: Perubahan biologi yang berlaku secara semula jadi sedang usia meningkat, kadar lebih tinggi penyakit kronik yang dikaitkan dengan usia dan penggunaan ubat yang berlebihan yang dapat mengubah tindak balas badan terhadap haba.
BAGAIMANA HABA MEMPENGARUHI TUBUH GOLONGAN TUA
Tubuh manusia mempunyai dua mekanisme untuk menyejukkan diri, iaitu dengan berpeluh dan meningkatkan saluran darah ke kulit. Bagi golongan tua, proses tersebut terjejas, mereka kurang berpeluh dan pengaliran darah mereka lemah dibandingkan dengan orang dewasa lebih muda.
Penyakit kronik juga lebih kerap dihidapi pada usia tua, terutama sekali penyakit berkaitan jantung dan kencing manis, dan dapat memburukkan masalah tersebut. Jantung yang berpenyakit tidak dapat mengepam darah yang diperlukan, sekaligus mengurangkan pengaliran darah ke kulit.
Selain itu, jika saraf terjejas dalam individu yang menghidapi kencing manis yang teruk, tubuh mereka tidak dapat memberi mesej yang diperlukan untuk mula berpeluh.
Sedang manusia bertambah tua, mereka mula kurang rasa dahaga, oleh itu mereka kurang minum air.
Selain itu, sejumlah warga tua, terutama sekali mereka yang menghidapi sejenis penyakit demensia atau penurunan fungsi kognitif, tidak dapat merasakan perubahan pada suhu dengan baik.
Oleh itu, mereka tidak dapat bertindak balas sewajarnya kepada perubahan suhu dengan baik, melalui cara biologi (berpeluh) dan tingkah laku (beralih ke tempat sejuk).
Akhir sekali, beberapa ubat boleh menjejas rasa dahaga, pengaliran darah dan tindak balas seseorang untuk berpeluh. Oleh itu, pastikan untuk bertanya doktor anda mengenai ubat yang dimakan.
CARA KEKAL KESELAMATAN
Pada hari yang panas, Dr Angela Primbas, seorang pakar geriatrik di UCLA Health, berkata bahawa orang dewasa lebih berumur dan individu menghidap penyakit serius harus mengehadkan kegiatan di luar seperti berjalan dan bercucuk tanam, dan melakukannya pada waktu pagi dan petang yang lebih dingin, serta berehat dan minum air yang cukup.
Tanda-tanda dehidrasi atau keletihan haba termasuk pening, sakit kepala dan degupan jantung yang laju atau rasa lemah.
Jika orang yang anda sayangi mula mengalami salah satu gejala itu, perkara terbaik adalah untuk membawanya ke tempat yang berhawa dingin, kata Dr Glen Kenny, seorang profesor fisiologi dari Universiti Ottawa.
Jika hawa dingin tiada, air "sangat penting untuk mengurangkan risiko mengalami kecederaan berkaitan haba," kata Dr Crandall, seorang profesor perubatan dalaman yang pakar dalam bidang pentermokawalaturan di Pusat Perubatan Barat Daya Universiti Texas.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.