Skip to main content

Dunia

Ingin halau hantu, 'bomoh' cucuh mulut wanita dengan besi panas

Seorang wanita menderita selepas lidahnya dicucuh dengan besi panas oleh seorang bomoh yang mempercayai beliau dirasuk roh jahat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin halau hantu, 'bomoh' cucuh mulut wanita dengan besi panas

Semasa 'rawatan' dijalankan, bomoh berkenaan mencucuh bibir, lidah, dahi dan lengannya dengan besi panas. (Gambar: Caters News Agency/ Facebook)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 10:37PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:43PM

RAJASTHAN: Seorang wanita menderita selepas lidahnya dicucuh dengan besi panas oleh seorang bomoh yang mempercayai beliau dirasuk roh jahat.

Encik Rajasthan membawa isterinya, Cik Jatha Devi, 25 tahun, ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana beliau sakit selama beberapa hari.

Namun, isterinya itu tidak beransur pulih selepas menjalani rawatan. Ini yang membuat saudara mara Cik Jatha berfikir beliau dirasuk roh-roh jahat, lalu menyarankan supaya beliau mendapatkan pertolongan seorang bomoh, lapor Daily Mail.

Ibu bapa dan suaminya membawa Cik Jatha berjumpa dengan bomoh yang dikenali sebagai Jairam Bhat.

CEDERA HINGGA TIDAK MAMPU BERCAKAP, HANYA MENGERANG KESAKITAN

Jairam Bhat percaya kulit seseorang perlu dicucuh dengan besi panas supaya pesakitnya mampu pulih daripada penyakit-penyakit tertentu. Bomoh berkenaan juga mendakwa dirinya mampu 'menghalau hantu'.

Semasa 'rawatan' dijalankan, Jairam mencucuh bibir, lidah, dahi dan lengannya selama dua hari dengan besi panas.

Menurut Daily Mail, keadaan Cik Jatha menjadi semakin buruk sehingga beliau tidak mampu bertutur sepatah pun perkataan dan hanya mengerang kesakitan.

DERITA PSIKOSIS AKUT

Suaminya mengejarkannya ke Hospital Bangar di Jodhpur di mana doktor mendapati beliau mengalami masalah mental - psikosis akut.

Dr Daljeet Singh Ranawat, perunding pakar psikiatri di hospital itu berkata: "Cik Jatha mengalami psikosis akut, satu masalah di mana pesakit mengalami halusinasi, tidak mampu bertutur dengan baik, gelisah, keliru dan sukar tidur.

"Mujur, Cik Jatha boleh pulih dan rawatannya hanya akan mengambil masa sehingga enam bulan."

Mengulas tentang luka Cik Jatha pula, beliau berkata bahawa pesakitnya itu beransur pulih dan beliau sudah mula menjalani rawatan.

Selepas Cik Jatha mendapat rawatan pakar perubatan, polis dimaklumkan tentang kes tersebut. Ia kemudian memberkas Jairam Bhat.

BOMOH MASIH BERAKSI MESKI ADA KES KEMATIAN

Pegawai Polis Kanan Simartha Ram berkata: "Suami mangsa membuat aduan tentang kejadian itu. Kami membentuk satu pasukan dan mengerahkan pasukan itu ke kampung di mana bomoh itu ditangkap."

Daily Mail difahamkan masyarakat tempatan di Rajasthan masih bergantung kepada bomoh-bomoh di kampung mereka sekiranya mereka jatuh sakit.

Meskipun kegiatan perbomohan dilarang dan terdapat kes kematian, bomoh-bomoh di kampung tersebut masih mengamalkan 'rawatan' secara senyap-senyap.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita