Skip to main content

Dunia

Ingin buat pinjaman namun akhirnya ditipu 'syarikat' di Facebook

Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin buat pinjaman namun akhirnya ditipu 'syarikat' di Facebook

Gambar fail logo Facebook (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Dec 2018 02:50PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 02:53PM

KUANTAN: Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 34 tahun dari Lipis, Kuantan, mendakwa syarikat itu mengiklankan perkhidmatannya di wadah sosial Facebook.

Mangsa yang berhasrat meminjam wang sebanyak RM5,000 (S$1,640) mengisi borang lengkap dengan butiran peribadinya pada 5.25 petang 3 Disember lalu, sebelum dihubungi 'wakil' syarikat itu selang lima minit kemudian.

"Suspek wanita yang menghubungi mangsa menawarkan pinjaman seperti jumlah yang diminta dengan bayaran bulanan RM165 (S$54) selama 36 bulan yang dipersetujui mangsa.

"Mangsa bagaimanapun dimaklumkan perlu membuat bayaran pendahuluan atas pelbagai alasan, yang kononnya akan dipulangkan semasa suspek ke Lipis bagi menyerahkan dokumen perjanjian pinjaman," katanya kepada para wartawan pada Selasa (25 Dis).

Encik Mohd Wazir menambah akibat mempercayai suspek, mangsa membuat enam transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun berbeza antara 13 Disember sehingga semalam, yang kesemuanya berjumlah RM4,320 (S$1,420).

Mangsa bagaimanapun enggan membuat bayaran seterusnya apabila suspek sekali lagi meminta bayaran RM2,000 (S$657) semalam, sebelum membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kerana berasa ditipu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita