Skip to main content

Dunia

"Ingatkan batu jatuh, rupanya...", ular sawa sepanjang 6 meter gemparkan penduduk

“Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki (6m) di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, petang tadi (25 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
"Ingatkan batu jatuh, rupanya...", ular sawa sepanjang 6 meter gemparkan penduduk

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 10:04PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 10:39PM

JOHOR BAHRU: “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang enam meter di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, petang tadi (25 Feb).

Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15 tahun, berkata dia dan ayahnya, Mohd Faizal Othman, 50 tahun, sedang mengangkat kelapa sawit bersama ayahnya dan kemudiannya terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama berhampiran tempat mereka bekerja.

“Masa itu dalam pukul 5.00 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Ingatkan batu jatuh tetapi bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar.

“Mula tengok tu memang ada rasa takut, kemudian ayah pun panggil kawan-kawan dan penduduk kampung untuk angkat dan tarik ular tu keluar,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.  

Salah seorang penduduk, Syahrul Karim, 22 tahun, berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dijerut dan ditarik seramai tujuh orang penduduk kampung.

“Memang berat tapi sebab ramai yang tarik, jadi masa nak keluarkan ular tu dari dalam perigi itu tak lama,” katanya lagi.

Menurutnya, kawasan itu dipercayai sarang reptilia berkenaan dan seringkali dilihat meninggalkan jejak.

“Itu memang kawasan dia sebab makanan dia semua dia tarik masuk dalam perigi. Cuma kali ini baru pertama kali dapat nampak dan terus dapat tangkap. Ini pun bukan kali pertama penduduk kampung nampak ular ni,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6.00 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai lima anggota telah digerakkan dengan sebuah lori dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. Apabila sampai, benar ada seekor ular sawa yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung,” kata beliau.

Menurut Encik Sharol, berat ular sawa berkenaan dianggarkan lebih 80 kilogram.

Pihaknya sudahpun menghubungi Jabatan Perhilitan dan Zoo Negeri Johor bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita