Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Infantri, unit berperisai sertai operasi darat di Lubnan: Tentera Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Infantri, unit berperisai sertai operasi darat di Lubnan: Tentera Israel

Konvoi kakitangan berperisai tentera Israel di sempadan Israel-Lubnan. (Gambar: Baz Ratner/AP)

BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan pada Rabu (2 Okt) bahawa infantri dan unit berperisai menyertai operasi darat di selatan Lubnan, namun ia menjelaskan pihaknya akan menghadkan skopnya.

Israel mendedahkan pada Selasa bahawa unit komando dan askar payung terjun sudah melintasi sempadan dalam operasi darat di Lubnan.

Ini juga pertama kali pihaknya mengumumkan operasi daratnya di Lubnan.

Ia kemudian menyatakan bahawa unit pasukan khas sudah menjalankan serbuan di lapangan terhadap sasaran Hezbollah merentasi sempadan selama berbulan-bulan, yang mana dalam tempoh itu pihaknya mengesan terowong dan bekalan senjata di bawah rumah-rumah.

Infantri dan pasukan berperisai tambahan dari Divisyen ke-36 itu, termasuk Briged Golani, Briged Berperisai ke-188 dan Briged Infantri ke-6, mencadangkan bahawa operasi itu sudah bergerak menjangkaui serbuan terhad komando.

Tentera itu menyatakan operasi darat itu sebahagian besarnya bertujuan untuk memusnahkan terowong dan prasarana lain.

Tiada rancangan turut dibuat bagi operasi lebih meluas yang menyasarkan Beirut atau bandar utama lain di selatan Lubnan.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan