Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Industri pelancongan Thailand bergelut masalah sambut kedatangan pelawat antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Industri pelancongan Thailand bergelut masalah sambut kedatangan pelawat antarabangsa

Teluk Maya Bay di Krabi, selatan Thailand. (Gambar: Pichayada Promchertchoo/CNA)

THAILAND: Jumlah pelancong antarabangsa yang tiba di Thailand terus meningkat. Namun, industri pelancongannya sedang bergelut dengan bekalan pekerja yang berkurangan.

Phuket, Chiang Mai, Chon Buri, Phangnga dan Surat Thani, misalnya, memerlukan lebih 9,000 pekerja untuk menyambut kedatangan para pelancong antarabangsa.

Antara jenis pekerjaan yang masih belum dipenuhi termasuk pegawai penyambut tetamu, cef, pelayan dan pekerja pembersihan.

Ini memandangkan beberapa perniagaan terpaksa memberhentikan para pekerjanya semasa tempoh perintah berkurung yang dikuatkuasakan akibat pandemik COVID-19.

Ada juga yang terpaksa berhenti operasi, sekali gus menyebabkan para pekerja pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut Persatuan Ejen Pelancongan Thailand, ia kini kekurangan juga pemandu pelancong. Pihaknya menyarankan agar undang-undang dilonggarkan bagi membolehkan warga asing untuk bekerja sebagai pemandu pelancong di negara itu.
Sumber : Agensi berita/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan