Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Industri pelancongan Melaka berkembang pesat; tempahan hotel pelancong S'pura luar jangkaan

Anggaran Waktu Membaca:

BANDARAYA MELAKA: Pembukaan penuh pintu sempadan negara sejak 1 April lalu memberi impak luar jangka kepada sektor pelancongan negeri Melaka.

Sejak 1 April, kebanyakan hotel di negeri itu merekodkan peningkatan tempahan antara 40 hingga 80 peratus sepanjang bulan ini membabitkan pelancong luar negara khususnya Singapura, lapor Astro AWANI.

Exco Pelancongan Negeri, Muhammad Jailani Khamis berkata, kerajaan negeri akan terus menggiatkan usaha promosi terutamanya di Tambak Johor untuk menarik pelancong Singapura ke Melaka.

"Ini sesuatu yang baik, kita dapati peningkatan tempahan itu tinggi, cuma pihak hotel ini sedang sibuk, mereka belum beri statistik.

"Semalam kita sudah keluarkan pekeliling minta statistik itu disegerakan supaya pemantauan dapat dibuat dan pada masa sama persijilan Bufet Halal Ramadan akan diselaraskan," katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima kunjungan rombongan pelajar dari China pada Rabu malam.

Dalam pada itu, katanya, Melaka akan meningkatkan semula hubungan dua hala dengan China selepas terjejas ekoran pandemik COVID-19.

China jelasnya, adalah pelancong di luar ASEAN paling ramai datang ke Melaka dengan 4 juta orang setahun, seperti dilaporkan Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan