Indonesia waspada mungkin alami cuaca kering, kawasan panas lebih teruk
Anggaran Waktu Membaca:

Gamabr: CNA/Nivell Rayda
JAWA BARAT: Indonesia sudah memasuki musim cuaca kering dan menjangkakan keadaan yang lebih teruk tahun ini akibat fenomena El Nino.
Lantaran itu, Jakarta berada dalam tahap berwaspada bagi kemungkinan keadaan kering lebih teruk dan kawasan panas lebih banyak.
Agensi cuaca Indonesia menyatakan musim kemarau itu mungkin sama dengan apa yang dilalui negara itu pada 2019.
Ketika itu, Indonesia dilanda kebakaran hutan di merata negara sekaligus mencetuskan masalah jerebu serantau.
Akibatnya, Indonesia mengalami kerugian ekonomi bernilai berbilion dolar Amerika pada waktu tersebut.
PETANI SUARAKAN KEPRIHATINAN
Bandar Indramayu di wilayah Jawa Barat dikenali dengan ladang-ladang sawah padi.
Kawasan berkenaan juga merupakan tempat penghasilan beras paling banyak di Indonesia.
Namun, para petani seperti Waryana bimbang bahawa cuaca lebih kering tahun ini akan menjejas penghasilan.
Beliau juga sudahpun mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesan cuaca kering.
"Bagi bertindak lebih awal, kami menanam pelbagai jenis beras yang boleh dituai awal iaitu antara 70 hingga 85 hari. Jika tidak ada irigasi, kami akan membawa air dengan mengepam daripada sumber luar," katanya.
Waryana juga kurang bergantung kepada baja yang ada bahan kimia dan menghasilkan sendiri baja organik.
Langkah itu diambil demi memperbaiki keseburuan tanah pada jangka masa panjang.
Selain itu, baja organik membantu dalam mengekalkan kelembapan tanah dan ini amat membantu semasa musim cuaca kering.
Para petani juga didapati mengumpulkan data trend cuaca yang lebih khusus di kawasan mereka.
Ahli Persatuan Petani bagi Perubahan Iklim Tarsono berkata: "Kalau terkait dengan ramalan, kita juga punya senario musiman bagi tiga bulan akan datang tetapi diperbaharui setiap bulan.
"Ketika kita mendapat ramalan musiman itu, kita lebih hati-hati untuk ke depan kerana kita tidak mahu tanaman kita gagal."
RISIKO KEBAKARAN HUTAN TURUT MENINGKAT
Cuaca lebih kering dan panas juga meningkatkan risiko kebakaran hutan.
Tujuh wilayah di Indonesia sudah mengisytiharkan amaran kecemasan kebakaran hutan kerana pernah dilanda bencana berkenaan sebelum ini.

Sebagai contoh, sudah ada lebih 650 kawasan panas dikesan di wilayah Riau antara Januari hingga Jun tahun ini.
Kebakaran tersebut boleh menghasilkan jerebu teruk sekaligus membawa risiko kesihatan kepada para penduduk.
Ketua Pusat bagi Khidmat Maklumat Iklim Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia Dr Ardhasena Sopaheluwakan berkata: "Saat ini kita masih berharap keadaan itu mudah-mudahan tidak terjadi kerana kalau jerebu itu terjadi maka kesannya banyak dari segi kesihatan.
"Ia juga boleh mengganggu pengangkutan dan kegiatan awam seperti kanak-kanak mungkin perlu berhenti sekolah dan banyak kesan lain. Sekarang kewaspadaan dipertingkatkan dan kita berharap dan berusaha hal tersebut tidak akan terjadi."
MASIH AWAL HENDAK RAMAL JIKA JEREBU AKAN BERLAKU: INDONESIA
Pihak berkuasa Indonesia menyatakan masih terlalu awal untuk meramalkan jika cuaca lebih panas dan kering tahun ini mungkin menyebabkan jerebu rentas sempadan di rantau ini.
Singapura sudahpun menasihatkan para penduduk supaya memastikan mereka mempunyai pelitup N95 yang mencukupi sebagai langkah awal risiko cuaca jerebu.
Fenomena El Nino pada 2015 dan 2019 menyebabkan rantau Asia Tenggara dilanda jerebu teruk.

Menteri Kanan Indonesia Luhut Pandjaitan berkata jerebu rentas sempada yang berasal dari Indonesia tidak akan menjadi satu isu lagi kerana negara itu lebih bersedia kali ini.
Beliau menambah pihak berkuasa sedang meneroka teknologi pengubahsuaian iklim untuk menghasilkan hujan buatan dan mengukuhkan bekalan air yang boleh membantu mencegah kebakaran belukar.
Para aktivis perubahan iklim bagaimanapun mengatakan langkah tersebut mungkin tidak cukup.
"Apakah kemudian pengalaman panjang ini menjadikan kita sebagai ahli bomba? Apa lagi fakta membuktikan titik-titik kebakaran hutan berlaku di kawasan hutan syarikat.
"Menurut kami, ketika pemerintah tidak melihat ancaman kebakaran hutan bersumber daripada kelemahan pemantauan teradap pemegang-pemegang izin ini maka setiap tahun kita akan mengalami yang serupa," tegas Pengurus Kempen Hutan dan Tanah WALHI Uli Arta Siagian.
ASEAN sudahpun memeterai perjanjian terhadap jerebu rentas sempadan untuk mengurus pencemaran di rantau ini.

Para pengamat berkata Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN sekarang ingin memastikan kebakaran hutan di bawah kawalan terutama sekali apabila para pemimpin serantau dan global bertemu di Jakarta pada September nanti.
Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.