Indonesia, Vatican kongsi komitmen galak keamanan, kata Jokowi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Presiden Joko Widodo)
JAKARTA:Presiden Indonesia Joko Widodo mengatakan bahawa Indonesia dan Vatican berkongsi komitmen yang sama dalam menggalakkan keamanan, kemakmuran bagi semua orang dan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.
Presiden Jokowi membuat kenyataan tersebut sedang pemimpin Vatican City, Pope Francis, mengadakan lawatan ke Indonesia dari 3 hingga 6 September.
"Indonesia dan Vatican berkongsi komitmen yang sama untuk menggalak keamanan dan mengeratkan hubungan persaudaraan, serta memastikan kemakmuran semua orang," kata Encik Jokowi di Istana Negara di Jakarta pada Selasa (3 Sep).
Encik Jokowi berkata beliau mengadakan mesyuarat terakhir bersama Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi, Menteri Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas, dan Ketua Biskop Jakarta, Kardinal Ignatius Suharyo Hardjoatmodjo di Istana Negara.
Dalam kenyataannya, Encik Jokowi mengalu-alukan kehadiran Pope Francis.
Ia merupakan lawatan ketiga oleh pemimpin Vatican, selepas Pope Paul pada 1970 dan Pope John Paul II pada 1989.
Pope Francis dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Tangerang, Banten, pada Selasa pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan.
Pemimpin Gereja Katolik itu akan berjumpa dengan Presiden Jokowi pada Rabu (4 Sep), di Istana Negara.
Pada Khamis (5 Sep), Pope Francis akan menghadiri acara berbilang agama di Masjid Istiqlal, Jakarta, dan berjumpa dengan pihak yang menerima bantuan daripada badan-badan kebajikan di Pertubuhan Biskop Katolik Indonesia (KWI).

Pope Francis akan memimpin acara keagamaan besar-besaran di Stadium Gelora Bung Karno pada hari yang sama.
Tentera Negara Indonesia (TNI) dan Polis Negara (Polri) sudah menyediakan seramai 9,030 anggota untuk memastikan keselamatan Pope Francis dijaga.
Pada Jumaat (6 Sep), beliau akan meninggalkan Jakarta untuk ke destinasi seterusnya, Port Moresby, Papua New Guinea.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.