Skip to main content

Dunia

Indonesia usul had umur bagi pengguna platform digital

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia usul had umur bagi pengguna platform digital

(Gambar: Michael M. Santiago/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2025 03:56PM Dikemas Kini : 08 Feb 2025 03:58PM
JAKARTA: Indonesia sedang melakarkan peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko online, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, dedah Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia.

Menterinya, Meutya Hafid berkata langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya seperti keganasan dan pornografi sambil menggalakkan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.  

“Kanak-kanak terdedah kepada kandungan berisiko seperti keganasan dan pornografi. Kita mesti bertindak segera,” katanya dalam satu kenyataan.  

Peraturan baharu itu yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan adalah sebahagian daripada usaha Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh perlindungan kanak-kanak di platform digital.  

Ketetapan tersebut akan dimasukkan dalam draf peraturan pemerintah mengenai perlindungan kanak-kanak bagi tadbir urus digital dan akan mengklasifikasikan platform dalam talian berdasarkan tahap risikonya terhadap kanak-kanak.  

Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) sebelum ini memberi amaran mengenai bahaya dalam talian termasuk alat perkongsian lokasi dan kandungan yang menipu.  

“Ada kartun yang kelihatan comel, tetapi apabila diklik, rupa-rupanya penuh dengan perangkap! Belum lagi ciri yang membolehkan lokasi kanak-kanak dikesan. Ini sangat berbahaya!” kata Ketua KPAI Ai Maryati Solihah.  
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita