Indonesia usir kapal pengawal pantai China dari perairannya kali ketiga minggu ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: BAKAMLA melalui AP
NATUNA: Indonesia sekali lagi mengusir kapal Pengawal Pantai China di Laut Natuna Utara untuk kali ketiga minggu ini, sekali gus mencetuskan satu lagi ketegangan berhubung sempadan maritim, lapor Agensi Berita ANTARA.
Jurucakap Badan Keamanan Laut (Bakamla), Kapten Yuhanes Antara, mengesahkan insiden itu berlaku pada Jumaat (25 Okt).
Laut Natuna Utara ialah perairan yang turut dituntut China sebagai sebahagian daripada Laut China Selatan.
Kapal CCG-5402 milik China itu turut membuat beberapa percubaan lain sepanjang Oktober 2024, katanya.
Pada hari kejadian, kapal China itu tidak hanya menceroboh perairan Indonesia, tetapi turut mengganggu aktiviti tinjauan seismik Arwana 3D dan pemprosesan data yang sedang dijalankan oleh PT Pertamina East Natuna dengan menggunakan kapal MV Geo Coral di kawasan Laut Natuna Utara.
Beliau juga mendakwa ketika Kapal Negara (KN) Pulau Dana-323 berkomunikasi dengan kapal China melalui radio, kapal CCG-5402 mendakwa ia sedang melakukan rondaan di perairan China dan meminta kapal Indonesia supaya tidak mendekati demi keselamatan pelayaran.
"Namun, permintaan itu tidak diendahkan oleh KN Pulau Dana-323, yang bekerjasama dengan kapal peronda Tentera Laut Indonesia, iaitu Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Sutedi Senaputra-378 dan KRI Bontang-907.
"Berdasarkan Konvensyen Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982, pelantar benua Indonesia di Laut Natuna Utara diakui di peringkat antarabangsa, yang memberi hak kepada Indonesia untuk mengeksploitasi dan meneroka sumber asli di kawasan itu tanpa sebarang gangguan dari negara lain," kata Kapten Yuhanes.
Bakamla menegaskan bahawa pihaknya akan terus memastikan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan Indonesia, selaras dengan perintah Laksamana Madya Tentera Nasional Indonesia (TNI) Dr Irvansyah.
"Bakamla RI bersedia untuk menjaga keselamatan perairan Indonesia demi masa depan negara," katanya.

Sumber : Agensi berita/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.