Skip to main content

Dunia

Indonesia turunkan harga tiket penerbangan domestik 13-14% sempena Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia turunkan harga tiket penerbangan domestik 13-14% sempena Aidilfitri

Orang ramai menunggu di dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dekat Jakarta di Tangerang, Banten province, pada 12 Disember 2024. (Gambar: BAY ISMOYO / AFP)

Diterbitkan : 02 Mar 2025 08:42AM Dikemas Kini : 02 Mar 2025 08:43AM
JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengurangkan harga tiket penerbangan kelas ekonomi domestik sebanyak 13 hingga 14 peratus semasa tempoh cuti Aidilfitri 2025 untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kemudahan serta keselesaan perjalanan.

Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi berkata penurunan harga itu mencerminkan komitmen pemerintah untuk menyokong rakyat yang merancang untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman mereka.

Pengurangan harga akan berkuat kuasa selama tempoh 15 hari, dari 24 Mac hingga 7 April, dengan tiket boleh dibeli dari 1 Mac hingga 7 April.

"Kami mahu memastikan rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih berpatutan dan selesa, terutamanya semasa perayaan penting seperti Aidilfitri," kata Encik Dudy dalam satu kenyataan.

Kementerian Kewangan mengeluarkan peraturan yang menyediakan subsidi separa oleh kerajaan ke atas cukai nilai tambah (VAT) untuk penerbangan kelas ekonomi domestik.

Semua tiket ekonomi domestik yang dibeli antara tempoh itu akan menyaksikan VAT mereka dikurangkan kepada lima peratus, dengan baki enam peratus ditanggung oleh pemerintah.

Encik Dudy juga mengetengahkan komitmen pemerintah untuk memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi semasa tempoh cuti yang sibuk, dengan kementerian memastikan bilangan pesawat yang mencukupi untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

"Kami akan memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi dan meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang," katanya.
Sumber : Agensi berita
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita