Indonesia tuntut akaun Pornhub yang menyamar sebagai kementerian komunikasi dipadam
Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia (KEMKOMINFO) sedang berkerjasama dengan pihak polis untuk "menguatkuasakan satu undang-undang" susulan satu akaun yang ditemui menyamar sebagai kementerian itu di salah satu laman pornografi, Pornhub.
Gambar fail Pornhub. (Gambar: AFP/Getty Images North America/Ethan Miller)
JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia (KEMKOMINFO) sedang berkerjasama dengan pihak polis untuk "menguatkuasakan satu undang-undang" susulan satu akaun yang ditemui menyamar sebagai kementerian itu di salah satu laman pornografi, Pornhub.
Dalam satu kenyataan semalam (26 Dis), kementerian itu menyatakan ia sudahpun menghubungi pentadbir laman sesawang itu untuk menolak akaun tersebut yang menggunakan nama dan logo kementerian itu.
"Kementerian Komunikasi dan Informasi tidak melakar mana-mana akaun atau kandungan di pornhub.com," menurutnya dalam satu kenyataan media.
"KEMKOMINFO sedang berkerjasama dengan polis jenayah siber untuk menguatkuasakan undang-undang memerangi jenayah yang menyamar dengan menggunakan nama kementerian.
"KEMKOMINFO juga sudah menghantar emel kepada pentadbir laman sesawang pornhub.com bagi meluahkan bantahan kami terhadap penggunaan nama dan logo kementerian di laman tersebut."
Hasil daripada petikan skrin itu menunjukkan akaun tersebut adalah "Akaun Rasmi Pornhub bagi Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia".
Laman web Porbhub sudah dihadang masuk atau "blok" di Indonesia sejak 2017.
Sejak November tahun ini pula, kementerian itu menyatakan Indonesia turut menghadang lebih daripada 1.5 juta laman sesawang dan akaun media sosial yang mengandungi kandungan pornografi.
Mereka yang didapati bersalah menyebarkan atau mengongsi kandungan pornografi atau lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam tahun dan denda sebanyak 1 bilion rupiah (S$97,400).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.