Skip to main content

Dunia

Indonesia tuan rumah MotoGP di Lombok pada 2021

Perlumbaan motosikal Grand Prix akan kembali ke Indonesia buat pertama kali dalam 20 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tuan rumah MotoGP di Lombok pada 2021

Encik Carmelo Ezpeleta. (Gambar: Max Rossi/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 09:25PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 09:28PM

MELBOURNE: Perlumbaan motosikal Grand Prix akan kembali ke Indonesia buat pertama kali dalam 20 tahun. Lombok akan menjadi tuan rumah MotoGP pada 2021, menurut para penganjur pada Sabtu (23 Feb).

Pemilik hak komersil DORNA Group menyatakan bahawa ia sudah menandatangani satu perjanjian bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (ITDC) milik negara untuk menjadi tuan rumah acara di pulau berdekatan Bali itu.

Lombok juga akan menganjurkan pertandingan kejohanan dunia Superbike pada 2021, menurut DORNA dalam satu kenyataan media.

"Uniknya projek ini, mempunyai litar bandar bertaraf dunia di sebuah negara yang mempunyai ramai peminat MotoGP," menurut ketua eksekutif DORNA, Carmelo Ezpeleta.

"Indonesia merupakan pasaran utama untuk kami kerana jumlah peminat sukan motosikal agak besar dan suasana MotoGP akan lebih menyerlah lagi apabila litar itu sudah siap."

Perlumbaan-perlumbaan akan diadakan di litar jalan baru di Mandalika, sebuah zon ekonomi khas di selatan pulau itu, dalam satu usaha meningkatkan pelancongan, menurut ITDC kepada media tempatan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita