Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia tolak rayuan nista dalam aduan terhadap pembesar suara masjid

Mahkamah Tinggi Indonesia menegakkan hukuman penjara ke atas seorang ibu empat anak yang disabit kesalahan pada tahun lalu atas tuduhan mengeluarkan kata-kata nista

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tolak rayuan nista dalam aduan terhadap pembesar suara masjid

Seorang pekerja Indonesia memeriksa pembesar suara di sebuah masjid pada bulan Ramadan di bandar Meulaboh, wilayah Aceh. (Gambar fail: CHAIDEER MAHYUDDIN/AFP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 10:08PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 10:13PM

JAKARTA: Mahkamah Tinggi Indonesia menegakkan hukuman penjara ke atas seorang ibu empat anak yang disabit kesalahan pada tahun lalu atas tuduhan mengeluarkan kata-kata nista semasa membuat aduan terhadap sebuah masjid di kejiranannya, yang menurut wanita berkenaan, terlalu bising.

Berdasarkan keputusan mahkamah yang bertarikh 27 Mac lalu, yang kemudian dimuat naik ke laman web mahkamah tersebut pada Isnin (8 April), pihak mahkamah menolak rayuan Meliana, seorang penganut Buddha berbangsa Cina berusia 44 tahun yang tinggal di pulau Sumatera.

Indonesia mempunyai bilangan penduduk Islam yang tertinggi di dunia, sebilangan besar penganut Buddha, Kristian dan kumpulan-kumpulan agama minoriti yang lain.

Namun, penyebaran tafsiran-tafsiran Islam yang konservatif dan bersifat tegar sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan negara sekular itu semakin kurang toleran.

Para peguam Meliana berkata anak guam mereka mengeluarkan komen-komen itu dalam perbualan peribadinya pada 2016 mengenai kelantangan bunyi alat pembesar suara masjid.

Menurut pasukan peguamnya, komen-komen tersebut diputarbelitkan seolah-olah Meliana menentang seruan azan yang berkumandang dan perbuatan itu mendapat perhatian masyarakat dan media sosial.

Meliana kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan di Medan.

Para anggota kanan Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam moderat paling besar di Indonesia, mengatakan komen-komen Meliana tidak boleh dianggap sebagai satu penistaan.

Beratus-ratus ribu masjid di Indonesia dan kebanyakan masjid di merata negara menggunakan pembesar suara untuk melaungkan "azan" yang berkumandang selama beberapa minit.

Walaubagaimanapun, banyak juga masjid yang menggunakan doa atau khutbah yang melebihi 30 minit, sesuatu yang dianggap sebagai tidak perlu oleh Majlis Masjid Indonesia.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan