Indonesia tolak dakwaan jalin hubungan diplomatik dengan Israel demi keanggotaan OECD
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia menyangkal laporan media yang menyatakan negara itu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, sebagai pertukaran menjadi anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
"Saya boleh sahkan, setakat ini, tiada rancangan untuk menjalin hubungan diplomatik bersama Israel, terutamanya disebabkan tindakan Israel di Gaza," kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar Indonesia, Lalu Muhamad Iqbal dalam satu kenyataan kepada agensi berita Antara pada Khamis (11 Apr) malam.
Beliau mengulangi sokongan Indonesia terhadap kemerdekaan untuk Palestin berdasarkan rangka kerja huraian dua negara, dan menekankan bahawa Indonesia masih kekal memperjuangkan hak warga Palestin.
Indonesia sedang berusaha menyertai OECD, sebuah pertubuhan antara pemerintah yang kini mempunyai 38 anggota. Untuk diterima menjadi anggota OECD, ia harus dipersetujui anggota negara lain termasuk Israel.
Indonesia berhasrat untuk menjadi sebuah ekonomi maju menjelang 2045, dan memulakan proses menyertai OECD pada Februari.
Ia adalah satu-satunya negara Asia Tenggara untuk melakukan demikian.
Encik Lalu menarik perhatian bahawa ia akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk menjadi anggota OECD. "Masih belum dapat ditentukan bila Indonesia akan menjadi anggota penuh OECD," tambahnya.
Indonesia dilaporkan mempunyai hubungan peringkat rendah bersama Israel, terutamanya dalam sektor perdagangan. Namun ia menolak sebarang hubungan terbuka dengan Israel.
Bulan lalu, pejabat Presiden Indonesia Joko Widodo menyangkal laporan media bahawa Jakarta dan Tel Aviv berhasrat untuk menjalin hubungan diplomatik pada Oktober 2023, sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel.
Namun, perang terhadap Hamas di Gaza membatalkan rancangan tersebut.
HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL SYARAT UNTUK JADI ANGGOTA OECD?
Beberapa media utama Israel melaporkan bahawa Indonesia bersetuju untuk menjalin hubungan dengan Israel, sebagai syarat untuk menyertai OECD.
Usaha terhadap perjanjian itu dicapai semasa rundingan rahsia yang mengambil masa tiga bulan melibatkan Jakarta, Tel Aviv dan Setiausaha Agung OECD Mathias Cormann, lapor media Israel.
Laporan tersebut menambah bahawa Indonesia bersetuju untuk menyertakan klausa bahawa ia harus menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sebelum keanggotaannya diluluskan oleh pertubuhan itu.
"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Majlis secara rasminya bersetuju dengan syarat yang harus dilakukan Indonesia, iaitu untuk menjalin hubungan diplomatik dengan semua anggota negara OECD sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menerima Indonesia sebagai anggota OECD," tulis Encik Cormann dalam surat kepada Menteri Luar Israel, Israel Katz, dua minggu lalu.
Menurut laporan media Yedioth Ahronoth, surat tersebut dilaporkan mendapat persetujuan Indonesia.
Dalam jawapannya kepada Encik Cormann pada Rabu (11 Apr), Encik Katz mengalu-alukan kejayaan itu.
"Saya berkongsi harapan anda dengan proses ini yang akan membawa perubahan kepada Indonesia, dan saya menjangkakan perubahan positif dalam dasarnya terhadap Israel, terutama sekali meninggalkan dasarnya yang bersifat keras terhadap Israel, yang akan membuka laluan kepada hubungan diplomatik penuh antara kedua-dua pihak."
Israel enggan menerima permohonan Indonesia atas beberapa sebab, termasuk tidak menjalin hubungan rasmi antara kedua-dua negara, suara lantang Indonesia mengkritik tindakan Israel di Gaza, dan sokongan Indonesia terhadap tindakan Afrika Selatan yang mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
Menjadi anggota OECD, akan memberi kesan positif kepada ekonomi Indonesia.
Pelaburan diunjurkan dapat meningkat sehingga 0.37 peratus dan merangsang Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) sehingga 0.94 peratus.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.