Skip to main content

Dunia

Indonesia tingkatkan tahap amaran susuli letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tingkatkan tahap amaran susuli letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki

(Gambar: AFP/ARNOLD WELIANTO)

Diterbitkan : 04 Nov 2024 05:37PM Dikemas Kini : 04 Nov 2024 05:44PM
JAKARTA: Status aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada Tahap 3 ke Tahap 4 menyusuli letusan pada Ahad (3 Nov) yang mengakibatkan enam kematian.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melaporkan bahawa letusan yang berlaku pada 11.57 malam waktu tempatan itu menjejaskan lebih 11,000 penduduk di enam kampung yang terletak di tiga daerah.

Badan Nasional Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Flores Timur dalam satu kenyataan pada Isnin (4 Nov) memaklumkan bahawa keenam-enam mangsa adalah daripada kampung Klatanlo di Wulanggitang.

Menurut BPBD, pihak berkuasa tempatan telah menjadikan sekolah sebagai pusat pemindahan dan melanjutkan tempoh status amaran darurat selama 96 hari, dari 27 Sep hingga 31 Dis.

PVMBG menggesa para penduduk di sekitar Gunung Lewotobi Laki-Laki, termasuk pelawat dan pelancong supaya mengelakkan aktiviti dalam kawasan tujuh kilometer dari pusat letusan.

Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap risiko aliran lahar yang dicetuskan oleh hujan di sungai yang berasal dari puncak gunung tersebut semasa hujan lebat.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita