Skip to main content

Dunia

Indonesia tidak akan bertindak balas terhadap tarif Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tidak akan bertindak balas terhadap tarif Trump

(Gambar: AFP/Yasuyoshi CHIBA)

Diterbitkan : 06 Apr 2025 08:43PM Dikemas Kini : 06 Apr 2025 08:45PM
JAKARTA: Indonesia tidak akan bertindak balas terhadap tarif perdagangan 32 peratus yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap negara itu, menurut Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto.

Dalam satu kenyataan, Encik Hartarto berkata Indonesia akan mengambil pendekatan diplomatik dan rundingan untuk mencari penyelasaian saling memanfaatkan, selepas Encik Trump mengumumkan tarif global pada Rabu (2 Apr).

"Pendekatan ini diambil dengan menimbangkan kepentingan jangka panjang hubungan perdagangan dua hala, serta mengekalkan iklim pelaburan serta kestabilan ekonomi nasional,"kata Encik Airlangga.

Beliau menambah bahawa Jakarta akan menyokong sebarang sektor yang terjejas seperti industri pakaian dan kasut.

Tarif Encik Trump ke atas Indonesia, salah satu daripada enam negara Asia Tenggara yang teruk terjejas, akan berkuat kuasa pada Rabu (9 Apr).

Pemerintah Indonesia akan mengumpul maklum balas daripada perniagaan pada Isnin (7 Apr) untuk membantu menghasilkan strategi bagi menangani tarif Amerika dan akan mencari jalan untuk meningkatkan perdagangan dengan negara-negara Eropah.

Ia dilihat sebagai alternatif kepada Amerika dan China, kata Encik Airlangga.

Menurut data pemerintah Indonesia, negara itu mencatatkan lebihan perdagangan sebanyak AS$16.8 bilion (S$23 bilion) tahun lalu dengan Amerika, yang merupakan destinasi eksport ketiga terbesar, serta menerima penghantaran bernilai AS$26.3 bilion (S$35 bilion) pada 2024.

Eksport utama Indonesia ke Amerika termasuk elektronik, pakaian dan kasut.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita