Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuh Badan Peguam Negara ASEAN
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: ASEAN/Facebook)
JAKARTA: Indonesia dan Thailand sudah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah Badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN yang bertujuan untuk menangani isu-isu undang-undang utama dalam kalangan negara anggota.
Pengumuman itu dibuat menyusuli mesyuarat antara Pejabat Peguam Negara kedua-dua negara semasa Persidangan Peguam Negara China-ASEAN ke-14 yang diadakan di Singapura dari 28 hingga 30 Oktober.
"Kami membincangkan kepentingan mewujudkan badan rasmi untuk menangani isu-isu berkaitan tugas Peguam Negara di negara-negara anggota ASEAN," kata Timbalan Peguam Negara Indonesia bagi Hal Ehwal Sivil dan Pentadbiran, R. Narendra Jatna, dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Okt).
Beliau juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan Peguam Negara Singapura dan Vietnam, dan kedua-dua pihak menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU).
"Dengan mengambil kira kedudukan penting kami sebagai anggota ASEAN, kami komited secara kolektif untuk menegakkan undang-undang dan memerangi jenayah dalam konteks rantau ini," katanya.
Persidangan Peguam Negara China-ASEAN ke-14 bermatlamat untuk mengukuhkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan jenayah dalam kalangan negara-negara ASEAN dan China.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.