Indonesia tetapkan kos Haji 2026 pada 87.4 juta rupiah bagi setiap jemaah
Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87.4 juta rupiah (S$6,810) iaitu pengurangan sekitar dua juta rupiah berbanding tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
Para Jemaah haji di Kaabah pada 24 Jun 2023. (Gambar hiasan: Sajjad HUSSAIN / AFP)
JAKARTA: Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87.4 juta rupiah (S$6,810) iaitu pengurangan sekitar dua juta rupiah berbanding tahun lalu.
Ketetapan itu dicapai hasil perbincangan antara Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), pemerintah Indonesia dan Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH) di Kompleks Parlimen pada Rabu (29 Okt).
Pengerusi Suruhanjaya VIII, Marwan Dasopang dalam satu kenyataan berkata jumlah itu dianggap berpatutan tanpa menjejas mutu perkhidmatan untuk 221,000 jemaah, dengan purata tempoh berada di Tanah Suci selama 41 hari.
Beliau menjelaskan bahawa jemaah akan membayar 54.2 juta rupiah (S$4,223), manakala baki 33.2 juta rupiah (S$2,586) ditanggung menerusi hasil pelaburan dana Haji.
Lebihan sebanyak 149 bilion rupiah (S$11.6 bilion) akan disimpan sebagai subsidi bagi musim Haji seterusnya.
Beliau juga menegaskan bahawa peningkatan mutu perkhidmatan kekal menjadi keutamaan, termasuk penyediaan penginapan berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sajian makanan bercirikan Indonesia, serta pemberian wang saku kepada jemaah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.