Indonesia tetap akan laksanakan kenaikan cukai VAT
Indonesia pada minggu depan akan mengesahkan kenaikan kadar cukai nilai tambah (VAT) kepada 12 peratus, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi pada lewat Selasa (3 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia pada minggu depan akan mengesahkan kenaikan kadar cukai nilai tambah (VAT) kepada 12 peratus, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi pada lewat Selasa (3 Dis).
Ini meskipun terdapat tekanan hebat daripada orang awam supaya kenaikan itu ditangguhkan kerana ia akan menjejas kuasa berbelanja penduduk.
Mengikut undang-undang, kenaikan VAT kepada 12 peratus daripada 11 peratus pada masa ini dijadual dilaksanakan pada Januari ini.
"Kami akan mengumumkannya pada minggu depan," kata Menteri Airlangga Hartarto kepada wartawan.
Perniagaan dan kesatuan pekerja Indonesia menyeru agar kenaikan kadar VAT ditangguh kerana persekitaran ekonomi semakin merosot.
Pemerintah Indonesia menyatakan kenaikan VAT perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesihatan struktur belanjawan, dan bank negara menyatakan ia mempunyai kesan kecil ke atas pertumbuhan ekonomi.
Encik Airlangga berkata Pemerintah Indonesia juga akan mengumumkan langkah rangsangan fiskal yang akan menyokong industri buruh intensif negara, yang terjejas oleh langkah-langkah pemberhentian selepas kadar pertumbuhan permintaan global semakin perlahan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.