Indonesia tarik balik sekatan, Grok boleh beroperasi semula
Anggaran Waktu Membaca:
- Indonesia membenarkan semula operasi Grok milik Elon Musk selepas menerima jaminan bertulis dari syarikat X tentang langkah pencegahan penyalahgunaan kandungan.
- Larangan sebelum ini dikenakan kerana Grok digunakan untuk menjana imej seksual tanpa izin, termasuk melibatkan wanita dan kanak-kanak.
- Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia menegaskan pemantauan ketat akan diteruskan, dengan amaran tindakan tegas jika berlaku pelanggaran baharu.
- Negara lain seperti Filipina, Malaysia, Perancis dan United Kingdom turut mengambil langkah atau menjalankan siasatan terhadap potensi penyalahgunaan ciri penjanaan imej Grok.
JAKARTA: Indonesia membenarkan alat kecerdasan buatan Grok, milik Elon Musk, beroperasi semula selepas syarikat induknya, X, memberikan jaminan bertulis kepada pemerintah mengenai langkah pencegahan bagi mengawal penyalahgunaan kandungan.
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital Indonesia mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan pada Ahad (1 Feb).
Sebelum ini, penggunaan Grok digantung selepas ia didapati digunakan untuk menjana imej seksual tanpa izin, termasuk visual melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Indonesia bukan satu-satunya negara yang bertindak sedemikian. Filipina dan Malaysia turut mengambil langkah sama susulan kebimbangan terhadap penyalahgunaan ciri penjanaan imej Grok.
Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa X melaksanakan langkah keselamatan tambahan untuk menangani risiko penyalahgunaan, khususnya membabitkan ciri penjanaan imej Grok yang sebelum ini disalahgunakan untuk menghasilkan kandungan yang mengeksploitasi wajah sebenar seseorang individu.
Pemerintah menegaskan bahawa pemantauan ketat akan diteruskan, termasuk terhadap imej terlarang, kandungan tidak sah, serta pelanggaran prinsip perlindungan kanak-kanak dalam talian, menurut laporan Astro AWANI.
Grok sebelum ini menerima kecaman antarabangsa apabila ia disalahgunakan untuk menghasilkan imej bogel digital tanpa kebenaran, mendorong beberapa negara mengambil tindakan tegas.
Larangan di Indonesia dikuatkuasakan pada Januari lalu, hanya beberapa hari selepas xAI mengehadkan ciri penjanaan imej Grok kepada pengguna berbayar di platform X.
Di Eropah, pihak pengawal selia di Perancis dan United Kingdom turut menjalankan siasatan terhadap potensi penyalahgunaan alat tersebut, manakala beberapa negara lain sedang mempertimbang langkah lanjut bagi mengawal ciri AI generatif yang boleh dimanipulasi untuk tujuan eksploitasi.
Dengan pembukaan semula akses kepada Grok di Indonesia, pihak berkuasa negara itu memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran baharu akan membawa kepada tindakan lebih tegas, termasuk potensi larangan semula, lapor Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.