Indonesia tangkap rakyat dalangi serangan pengganas ke atas bangunan Bursa SG pada 2014
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Edgar Su/REUTERS
SINGAPURA: Indonesia memberkas seorang individu yang disyaki pengganas - dikenal pasti sebagai Yudi Lukito Kurniawan - yang mendalangi serangan ke atas bangunan Bursa Singapura pada 2014.
Dalam satu kenyataan, unit antipengganasan Indonesia, Detasmen 88 menyatakan lelaki yang dikenal pasti dengan tanda nama atau 'initials' YLK itu, bergabung dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).
Dia ditangkap di sebuah kampung di Wilayah Gorontalo di pulau Sulawesi pada 21 Ogos.
"YLK ialah warga Indonesia yang menyertai kumpulan pengganas Al-Qaeda di Semenanjung Arab yang merancang untuk melakukan serangan pengganasan terhadap Bursa Saham Singapura pada 2014," kata jurucakap Detasmen 88 Pesuruhjaya Kanan Aswin Siregar pada Selasa (3 Sep).
Serangan pengganasan yang dirancang ke atas bangunan Bursa Singapura di daerah pusat perniagaan itu dikatakan dilakukan di bawah arahan AQAP. Tiada butiran tentang bagaimana dia merancang untuk melakukan serangan sedemikian.
YLK mengambil bahagian dalam beberapa kem latihan pengganasan, kata Encik Aswin, termasuk satu pada 2001 di Jawa Timur yang dikendalikan oleh kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).
YLK pertama kali ditangkap pada tahun 2003 kerana memiliki senjata api yang diberikan kepadanya untuk disimpan oleh UM, oleh seorang pengebom Bali yang sabit kesalahan. YLK kemudiannya menyertai Jemaah Anshorut Tauhid, kumpulan serpihan JI dan pergi ke Yaman pada 2012 sebagai sebahagian daripada jihad global AQAP.
"Di Yaman, YLK mendakwa dia diarahkan oleh AM atau AZ, ahli kanan AQAP, untuk melakukan serangan keganasan ke atas Bursa Saham Singapura. Pada 2015, YLK cuba memasuki Singapura melalui laut tetapi diusir oleh imigresen Singapura dan dihantar pulang ke Batam," kata Encik Aswin, seperti yang dipetik oleh Jakarta Globe.
Ketika diberkas, polis menemui pasport di bawah nama Yudi Lukito Kurniawan dan sekeping dokumen pemeriksaan imigresen Singapura.
"Kami masih menyiasat bukti," kata Encik Aswin.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.