Indonesia tangguh sementara dasar lawatan tanpa visa bagi 159 negara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Adek Berry)
INDONESIA: Indonesia menggantung dasar lawatan tanpa visa ke atas 159 negara susulan kebimbangan mengenai "gangguan ketertiban awam dan potensi penularan penyakit," lapor Anadolu memetik media tempatan pada Ahad (18 Jun).
Perintah untuk menangguhkan dasar lawatan tanpa visa (BVK) sudah dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, lapor media tempatan berbahasa Inggeris, Bali Times.
Menurut kementerian tersebut, keputusan itu bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit dari negara-negara yang tidak mendapat sijil bebas penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Setakat ini, hanya 10 negara ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam terkecuali dari peraturan itu.
Pengunjung dari negara-negara tersebut boleh menetap di Indonesia sehingga 30 hari dengan pasport dan tiket perlepasan yang disahkan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.