Skip to main content

Dunia

Indonesia tangguh naikkan yuran masuk Kuil Borobudur

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tangguh naikkan yuran masuk Kuil Borobudur

(Gambar: Agung Supriyanto/AFP)

JAKARTA: Pemerintah Indonesia menangguhkan rancangannya yang diumumkan sebelum ini, untuk menaikkan yuran masuk Kuil Borobudur. 

Demikian menurut Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo. 

Parti-parti relevan akan mempertimbangkan beberapa langkah untuk mengurus pelancong yang ingin mendaki kuil itu, termasuk menaikkan harga tiket dan menghadkan kuota pelancong, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan setelah berbincang dengan Menteri Koordinator Bidang Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan pada Selasa (8 Jun). 

Pada Sabtu (4 Jun), Encik Luhut berkata saranan untuk menaikkan harga tingkat adalah sebahagian usaha untuk menyelaras kuil yang musnah akibat perbuatan merosakkan harta benda awam dan untuk memastikan tempat itu bersih serta bebas sampah. 

Yuran itu akan dinaikkan kepada AS$100 (S$138) bagi pelancong asing dan AS$71 (S$98) bagi pelancong domestik yang ingin mendaki kuil itu. 

Setakat ini, yuran masuk kompleks Borobudur yang merupakan Tapak Warisan UNESCO di Jawa Tengah, bagi pelancong asing dan domestik masing-masing adalah AS$25 (S$34.39) dan AS$5 (S$6.88). 

Masyarakat awam meluahkan beberapa pendapat berbeza mengenai saranan itu. Ramai mengalu-alukan langkah itu, sambil berkata, langkah tersebut akan mengaup wang tambahan untuk menyelaraskan dan menjaga kuil itu yang berada dalam keadaan kurang baik. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita