Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia tahan 24 suspek dikaitkan salur dana kepada pelampau

Pasukan antipengganasan Indonesia menahan 24 orang kerana disyaki mengumpul dana untuk Jemaah Islamiyah (JI), kumpulan pelampau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, yang dituduh melakukan beberapa serangan pengganas terbesar di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tahan 24 suspek dikaitkan salur dana kepada pelampau

Gambar fail tugu peringatan mangsa-mangsa serangan bom Bali yang terkorban pada 2002 (Gambar: AFP/Sonny Tumbelaka)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 07:33PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 07:37PM

JAKARTA: Pasukan antipengganasan Indonesia menahan 24 orang kerana disyaki mengumpul dana untuk Jemaah Islamiyah (JI), kumpulan pelampau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda, yang dituduh melakukan beberapa serangan pengganas terbesar di negara itu.

Suspek-suspek itu telah mengumpul dana untuk JI melalui dua yayasan kebajikan Islam dan penangkapan mereka akan dapat membantu dalam memberikan gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti pendanaan militan di Indonesia, kata Aswin Siregar dari pasukan antipengganas Densus 88 kepada media pada Khamis (25 Nov).

JI dituduh mendalangi serangan bom Bali 2002 ke atas dua kelab malam, yang mengorbankan lebih 200 orang, termasuk ramai warga Australia, dan beberapa serangan berdarah lain di ibu kota Jakarta.

Menurut polis,berdasarkan laporan kewangan, dua yayasan yang digunakan sebagai samaran untuk JI telah mengumpul sekitar AS$2 juta (S$2.74 juta), namun jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Wang tunai sebanyak AS$700,000 (S$959,100) juga ditemui di pejabat salah satu yayasan itu, kata polis.

Seorang anggota kanan Majlis Ulama Indonesia yang diberkas awal bulan ini adalah antara 24 yang ditahan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan