Skip to main content

Dunia

Indonesia sokong ASEAN jadi pusat pertumbuhan ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia sokong ASEAN jadi pusat pertumbuhan ekonomi

Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia (BUMN) Erick Thohir. (Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 03 May 2023 10:13AM

JAKARTA: Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia (BUMN) Erick Thohir pada Isnin (1 Mei) berkata Indonesia menyokong usaha Asia Tenggara untuk menjadi sebuah pusat pertumbuhan ekonomi, lapor Antara. 

"Kami sedang berusaha untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai pusat pertumbuhan ekonomi," dedah Encik Thohir sewaktu sidang media di Jakarta. 

Katanya lagi, Indonesia adalah pengerusi ASEAN tahun ini dan menjadi tuan rumah Sidang Puncak ASEAN yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2023 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur. 

"Kami menggalak kedamaian dan kemajuan ekonomi," tekan Encik Thohir. 

Di Sidang Puncak ASEAN, Indonesia akan kekal konsisten dengan mesej yang ingin disampaikan di G20, di mana Presiden Joko Widodo akan menggesa dasar-dasar globalisasi yang bukan sahaja akan memanfaatkan negara-negara maju, tetapi juga negara-negara membangun. 

"Indonesia juga ingin maju dan ia terbukti sebelum ini bahawa program G20 amat dihargai oleh banyak negara," ujar Encik Thohir. 

Awal dari itu, Presiden Jokowi meninjau-ninjau persiapan di Puncak Waringin Labuan Bajo, Manggarai Barat di Nusa Tenggara Timur sebagai salah satu lokasi Sidang Puncak ASEAN ke-42. 

Puncak Waringin adalah lokasi bagi Program Isteri Menteri untuk Sidang Puncak ASEAN, iaitu aktiviti bagi pasangan ketua-ketua negara ASEAN yang menghadiri acara tersebut, menurut Antara. 

Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Republik Indonesia (PUPR) sudahpun menyiapkan penyusunan kawasan ini untuk menjadikan Labuan Bajo sebagai sebuah destinasi premium.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita