Indonesia singkatkan tempoh kuarantin terhadap pelawat asing, tidak perlu ujian PCR
Gambar Hiasan: Pantai di Sanur, berdekatan Denpasar di pulau peranginan Bali, Indonesia (Gambar: AFP)
INDONESIA: Mulai Selasa (8 Mac), Indonesia akan menyingkatkan tempoh kuarantin untuk para pelawat asing ke negara itu kepada hanya satu hari.
Pengembara domestik yang menggunakan pengangkutan udara, laut atau darat yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, juga tidak lagi perlu menunjukkan keputusan ujian negatif PCR.
Keputusan itu dibuat sehari selepas Indonesia memulakan visa semasa ketibaan ke Bali untuk para pelancong dari 23 negara.
Para pelawat ke Bali juga perlu lengkap divaksin dan menunjukkan hasil ujian negatif PCR sebelum berlepas dan tiba di Bali.
Pemansuhan semua syarat kuarantin di Indonesia mungkin ditarik balik seawal April depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.