Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia siasat penemuan kertas undi bertanda di Malaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) akan menghantar satu pasukan ke Malaysia untuk menyiasat dakwaan berlaku penipuan kertas undi bagi pilihan raya Indonesia pada Rabu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2019 07:00PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 09:08PM

SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) akan menghantar satu pasukan ke Malaysia untuk menyiasat dakwaan berlaku penipuan kertas undi bagi pilihan raya Indonesia pada Rabu depan.

Sehingga sejuta pengundi Indonesia berada di Malaysia.

Badan Pengawas Pilihan Raya Indonesia (BAWASLU) sudah meminta agar pengundian di Malaysia digantung.

Rakaman-rakaman video yang tersebar di wadah online menunjukkan ribuan kertas undi yang sudah bertanda menyokong Presiden Joko Widodo dan sekutu-sekutunya di dalam sebuah gudang di Selangor.

Salah satu video itu menunjukkan polis dan beberapa orang di dalam gudang tersebut memaparkan kertas-kertas undi sedemikian.

Ketua Jawatankuasa Badan Pengawas Pilihan Raya Indonesia di Kuala Lumpur, Yaza Azzhara berkata beliau telah bergegas ke dua tempat di Selangor dan menemui puluhan ribu kertas undi yang sudah bertanda, sebahagiannya di dalam beg-beg diplomatik.

"Tindakan selanjutnya kami sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Tangkas dan itu sudah tercatat, sudah direkod dan kami juga sudah berkoordinasi dengan pihak BAWASLU, Badan Pengawas Pemilu (Pilihan Raya Umum) Republik Indonesia dan juga pihak KPU RI (Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Republik Indonesia) terkait dengan penemuan yang terjadi di Selangor ini.

"Pihak BAWASLU menyarankan agar kami tetap meminta saran kepada pihak polis apakah surat tersebut akan disimpan digudang PDRM, Polis Diraja Malaysia, atau akan kita pindahkan sesuai dengan rekomendasi tindak lanjut laporan kami," kata Ketua Jawatankuasa BAWASLU, Cik Yaza Azzhara.

Lebih daripada 190 juta rakyat Indonesia dijangka mengundi pada Rabu depan, antara pilihan raya terbesar di dunia, dengan dua juta daripada pengundi berada di luar negara, termasuk di Malaysia.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan