Indonesia siasat lebih banyak kes keracunan makanan; 700 pelajar jatuh sakit selepas makan hidangan percuma di sekolah
Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat kes-kes keracunan makanan melibatkan hampir 700 kanak-kanak di wilayah Yogyakarta pada minggu ini, selepas para pelajar berkenaan makan hidangan yang disediakan di bawah program Makan Bergizi Gratis (MBG) yang dilancarkan oleh Presiden Prabowo Subianto, kata seorang pegawai.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat kes-kes keracunan makanan melibatkan hampir 700 kanak-kanak di wilayah Yogyakarta pada minggu ini, selepas para pelajar berkenaan makan hidangan yang disediakan di bawah program Makan Bergizi Gratis (MBG) yang dilancarkan oleh Presiden Prabowo Subianto, kata seorang pegawai.
Program makanan percuma itu yang dilancarkan pada Januari lalu, merupakan janji utama kempen pilihan raya besar-besaran oleh Encik Prabowo, tetapi kira-kira 15,000 kanak-kanak jatuh sakit setakat 29 Oktober lalu, menurut data oleh sebuah pertubuhan bukan pemerintah yang dikenali secara tempatan sebagai JPPI.
JPPJ menggesa supaya program itu digantung.
Penyimpanan makanan tidak betul dan penghantaran lewat makanan yang sudah dimasak seringkali dipersalahkan sebagai punca keracunan makanan itu, kata pihak berkuasa.
Di daerah Gunungkidul di Yogyakarta, Indonesia, kira-kira 600 pelajar dari dua sekolah berasingan jatuh sakit akibat keracunan selepas makan makanan percuma di sekolah, kata ketua daerah Endah Subekti Kuntariningsih di akaun Instagramnya pada Rabu (29 Okt).
Dadan Hindayana, ketua Badan Gizi Nasional (BGN) yang mengendalikan program itu, memberitahu Reuters pada Khamis bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kes-kes di Gunungkidul dan sudah pun menutup buat sementara waktu dapur-dapur berhampiran.
Terdapat 11,000 dapur di seluruh nusantara itu.
Hidangan percuma dijangka diagihkan kepada kira-kira 70 juta penerima menjelang hujung tahun ini, lebih rendah daripada sasaran awal pemerintah sebanyak 83 juta disebabkan oleh kekurangan dapur, kata Encik Dadan kepada Reuters pada awal bulan ini.
BGN menyatakan secara berasingan pada Rabu bahawa ia mengarahkan kakitangan dapur supaya mengurangkan saiz hidangan bagi mengekalkan kesegaran dan mengelakkan keracunan.
Pada Rabu, Encik Prabowo menubuhkan sebuah pasukan menteri, termasuk menteri kesihatan dan ketua BGN untuk menyelia program itu dengan lebih baik, menurut BGN.
Pemerintah memperuntukkan 171 trilion rupiah (S$13.3 bilion) bagi program itu tahun ini, tetapi BGN hanya dapat membelanjakan sebanyak 99 trilion rupiah (S$7.7 bilion) menjelang akhir tahun ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.